1.Peperangan
menentang Siam Pertama pada 1445M
Melaka yang pada waktu itu mempunyai konflik dengan Siam telah
memanggil Tun Perak untuk turut serta berperang menentang Siam. Perbalahan ini
mula terjadi apabila Melaka enggan menyembah Maharaja Siam. Keengganan ini
telah membawa kepada kemarahan maharaja Siam iaitu Paduka Bubunya yang akhirnya
telah mengerahkan angkatan tentera Siam agar menyerang Melaka. Serangan yang
pertama dikatakan telah berlaku pada 1445M di mana angkatan Siam yang diketuai
oleh panglimanya, Awi Cakri telah menyerang Melaka mengikut jalan darat. Tun
Perak yang bijak kemudiannya telah membawa pengikut bersama anak dan isteri
mereka ke Melaka agar mereka bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam
peperangan ini. Bagi Tun Perak, tidak wajar bagi mereka meninggalkan anak
isteri di Klang kerana jika berlaku musibah dan bencana di sana, tiada siapa
akan dapat membantu. Kehadiran isteri dan anak-anak dilihat sangat memainkan
factor yang penting dalam membawa kepada kejayaan dalam peperangan. Kehadiran
keluarga bukan sahaja dapat menaikkan semangat untuk bertempur demi sultan dan
tanah air tetapi bersemangat dalam memperjuangkan anak-anak dan isteri
tersayang. Tun Perak secara tidak langsung menunjukkan beliau mempunyai
kebolehan membaca psikologi walaupun dalam hal peperangan.
2.Peperangan menentang Siam Kedua pada tahun 1456
Kemahiran Tun Perak dalam peperangan juga dapat dilihat berdasarkan
tipu helah yang dikendalikan oleh beliau dalam peperangan kedua dengan Siam
pada tahun 1456. Semasa peperangan ini, Tun Perak telah menggunakan helah yang
memperlihatkan betapa ramai pasukan Melaka yang turun untuk berperang.Helah
yang digunakan adalah dengan menambatkan puntung api yang banyak pada setiap
rumpun kayu bakau,nyireh dan tumu di sepanjang pesisir laut sehingga kawasan
tersebut dilihat begermelapan pada waktu malam oleh pihak musuh.Serangan yang
berlaku dilaut pelabuhan Melaka ini akirnya berjaya dipatahkan tanpa peperangan
dengan hanya berbekalkan tipu helah yang dilakukan oleh Tun Perak.
sya nak kepimpinan tun perak ok.. ☺️😉
ReplyDeletecantiklah tema sejarah ni.. beslah kalau nak belajar ni hihi.. ☺️
ReplyDeletesya nak kepimpinan tun perak ok.. ☺️😉
ReplyDelete