Tuesday, November 27, 2018

Pengenalan Ahli Kumpulan

Kajian ini disediakan oleh pelajar Bachelor Physiotherapy Cohort 14 yang terdiri daripada :

1.Nurul Izzah bt Mohd Razali (4262171003)
2.Putri Intan Nurani bt Shem Azman(4262171004)
3.Fatin Najwa bt Hassan(4262171005)
4.Nadzirah bt Abu Bakar(4262171007)

Kajian ini berkenaan dengan asal-usul,sumbangan dan sejarah Bendahara Tun Perak yang merupakan antara tokoh pemimpin Melaka yang termasyhur.

Pengenalan

Siapakah Tun Perak ?  

Tun Perak ialah bendahara ke-5 negeri Melaka dan merupakan bendahara yang termasyhur , bergelar Bendahara Paduka Raja yang merupakan setaraf dengan perdana menteri.

Beliau telah menakluk negeri-negeri di Pantai Selat Melaka seperti Rokan,Siak, Kampar dan Inderagiri di Pulau Sumatera.

Beliau telah menakluk Johor, Pahang, Kelantan,Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka.

Beliau membangunkan melaka sehingga mencapai kekuatan dari segi politik,sosial dan ekonominya
Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China , India , Timur tengah serta negara-negara jiran yang lain.


Image result for sejarah kemajuan melaka

Biodata Tun Perak



Image result for tun perak


Biodata
Nama                    : Tun Perak
Nama Bapa         : Tun Perpatih Sandang
Jawatan               : Bendahara Melaka
Gelaran                                : Bendahara Paduka Raja
Pengalaman       : Pernah memegang jawatan sebagai penghulu Kelang dan Penghulu bendahari Melaka

Ciri-ciri Kepimpinan dan Ketokohan Tun Perak


  •          Berakhlak mulia

·         Sebagai seorang pemimpin, Tun Perak sering memberi nasihat kepada pengikutnya agar sentiasa berbuat baik, bersikap positif dan membuang perbuatan yang buruk atau negatif
·         Keperibadian Tun Perak yang tinggi juga dapat dilihat daripada sikap beliau yang memuliakan tawanan perang

  •         Berpandangan jauh

·         Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, Melaka telah mempunyai konflik dan hubungan yang tidak baik dengan Mengkasar, Siam, China dan Majapahit. Tun Perak yang berpandangan jauh melihat permusuhan ini sebagai sebuah kerugian. Tun Perak menasihati Sultan supaya tidak bermusuhan dengan negara-negara tersebut sebaliknya mengadakan hubungan yang baik demi kepentingan bersama.
·         Hubungan yang baik akan menjadikan Melaka sebuah negara yang dihormati
·         Sikap berpandangan jauh Tun Perak juga telah berjaya menghalang sebuah peperangan yang dititahkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah yang ingin menyerang Pahang.

  •          Bertanggungjawab dan mengikut landasan Islam


-          Tun Perak seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam
-          Beliau sentiasa memastikan politik negara sentiasa mengikut lunas-lunas Islam
-          Sebagai golongan pemerintah, mereka menunjukkan perlakuan yang baik demi memimpin negara
-          Tun Perak seorang yang bertanggungjawab. Beliau melihat perlakuan anak-anak raja yang mula berjinak dengan menghisap candu. Beliau membuat tindakan untuk meroboh dan membakar rumah-rumah pedagang Cina yang membekalkan candu. Kedai-kedai judi juga telah ditutup
-          Tun Perak juga kemudiannya telah memulakan kerja penyucian maksiat di bandar Melaka
-          Beliau berjaya menghapuskan amalan-amalan agama Buddha yang dibawa dari Palembang


Image result for tun perak peperangan
Rajah menunjukkan perlantikan Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456.

Peperangan yang disertai Tun Perak


1.Peperangan menentang Siam Pertama pada 1445M
Melaka yang pada waktu itu mempunyai konflik dengan Siam telah memanggil Tun Perak untuk turut serta berperang menentang Siam. Perbalahan ini mula terjadi apabila Melaka enggan menyembah Maharaja Siam. Keengganan ini telah membawa kepada kemarahan maharaja Siam iaitu Paduka Bubunya yang akhirnya telah mengerahkan angkatan tentera Siam agar menyerang Melaka. Serangan yang pertama dikatakan telah berlaku pada 1445M di mana angkatan Siam yang diketuai oleh panglimanya, Awi Cakri telah menyerang Melaka mengikut jalan darat. Tun Perak yang bijak kemudiannya telah membawa pengikut bersama anak dan isteri mereka ke Melaka agar mereka bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam peperangan ini. Bagi Tun Perak, tidak wajar bagi mereka meninggalkan anak isteri di Klang kerana jika berlaku musibah dan bencana di sana, tiada siapa akan dapat membantu. Kehadiran isteri dan anak-anak dilihat sangat memainkan factor yang penting dalam membawa kepada kejayaan dalam peperangan. Kehadiran keluarga bukan sahaja dapat menaikkan semangat untuk bertempur demi sultan dan tanah air tetapi bersemangat dalam memperjuangkan anak-anak dan isteri tersayang. Tun Perak secara tidak langsung menunjukkan beliau mempunyai kebolehan membaca psikologi walaupun dalam hal peperangan.
Image result for tun perak peperangan

2.Peperangan menentang Siam Kedua pada tahun 1456
Kemahiran Tun Perak dalam peperangan juga dapat dilihat berdasarkan tipu helah yang dikendalikan oleh beliau dalam peperangan kedua dengan Siam pada tahun 1456. Semasa peperangan ini, Tun Perak telah menggunakan helah yang memperlihatkan betapa ramai pasukan Melaka yang turun untuk berperang.Helah yang digunakan adalah dengan menambatkan puntung api yang banyak pada setiap rumpun kayu bakau,nyireh dan tumu di sepanjang pesisir laut sehingga kawasan tersebut dilihat begermelapan pada waktu malam oleh pihak musuh.Serangan yang berlaku dilaut pelabuhan Melaka ini akirnya berjaya dipatahkan tanpa peperangan dengan hanya berbekalkan tipu helah yang dilakukan oleh Tun Perak.


Image result for tun perak

Sumbangan Tun Perak



1. Menjadi penasihat kanan sultan dalam bidang pentadbiran
·         Cekap membantu Sultan dalam mengubal dasar kerajaan.
·         Menjalankan tugas rasmi ketika sultan keluar Negara.
·         Mentadbir Melaka dengan amanah ketika sultan Mansur Shah ke Majapahit.

2. Mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan.
·        Membantu Sultan membangunkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi pusat perdagangan.
·        Menyediakan kemudahan gudang dan rumah tumpangan bagi menarik minat pedagang bagi singgah di Melaka
·        Menyediakan penempatan kepada pedagan asing.
·        Melantik kapitan bagi pedagang asing.

3. Menjalinkan hubungan antarabangsa
·        Bagi menjamin kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.
·        Sebagai contoh China dan Siam.

4. Mencadangkan penganti Sultan
·        Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
·        Mencadangkan waris takhta bagi menjamin kegemilangan dan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.
·        Mencadangkan Sultan Alauddin Riayaat Shah dan Sultan Mahmud Shah untuk dilantik sebagai Sultan Melaka.


5. Membantu mengembangkan agama islam
·        Mengalakkan kehadiran ulama’ ke Melaka
·        Menasihati Sultan supaya memerintah Negara mengikut ajaran islam.
·        Mengamalkan sikap merendah diri terhadap masyarakat.